Kejohanan Sukan Olahraga Pendidikan Khas telah diadakan di Maktab Rendah Sains MARA Muar pada 9 Mac 2011 bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Kejohanan ini melibatkan semua sekolah rendah dan menengah yang mempunyai Integrasi Pendidikan Khas dalam daerah Muar / Ledang.Peserta-peserta dalam kejohanan ini adalah terdiri daripada murid-murid Bermasalah Pembalajaran, Bermasalah Penglihatan dan juga Bermasalah Pendengaran. Peserta yang terpilih ke kejohanan ini adalah perserta yang terbaik di peringkat sekolah masing-masing. Dalam kejohanan ini, SMK Jalan Junid telah menghantar seramai 20 orang peserta yang melibatkan sebanyak 10 acara.Pelajar yang bernama Nasharudin Mohamad telah terpilih sebagai Olahragawan Daerah Muar bagi Tahun 2011.
No comments:
Post a Comment